Lirik Lagu Merajuk - Orkes A Hizadin
Merajuk tak berhenti adakalanya sehingga seminggu Fikiran tak berhenti fikirkan cara memujuk dirimu Oh si jantung hati Tak usah merajuk lagi Adakala sebentar merajuk akan bertukar ke senyum Fikiran yang berputar kembali tenang melontarkan senyum Dan ku jatuh hati Dengan senyumanmu lagi Sayang, kaulah cahaya bahagia ku Bila malam kelam kamu yang menemani waktu Sayang, apalah ada dalam mindamu Usah bimbang pujukanku kan menemani kamu Merajuk tak semestinya terlalu lama hingga seminggu Fikiran dah mengerti fikir apa yang di hatimu mahu Oh si jantung hati Tak usah merajuk lagi Adakala sementara biarkan saja dukalaramu Fikiran kan bertukar arah kembali tenang amarahmu Dan ku jatuh hati Dengan senyumanmu lagi